Ciri-ciri kimia Karbonat

Karbonat logam biasanya mereput apabila dipanaskan, dan membebaskan karbon dioksida daripada kitaran karbon jangka panjang kepada kitaran karbon jangka pendek dan meninggalkan oksida logam itu. Proses ini dinamakan pengkalsinan, daripada perkatan Latin calcinare (bakar kapur) kerana kegunaan utama proses ini adalah untuk mereputkan batu kapur untuk menghasilkan simen.

Garam karbonat terbentuk apabila ion bercas positif, M+, terikat dengan atom oksigen bercas negatif ion karbonat, dan membentuk sebatian ion:

2 M+ + CO2−
3 → M2CO3M2+ + CO2−
3 → MCO32 M3+ + 3 CO2−
3 → M2(CO3)3

Kebanyakan garam karbonat tidak boleh larut dalam air pada suhu dan tekanan piawai, dengan pemalar keterlarutan kurang daripada 1 × 10-8. Pengecualian bagi ini ialah karbonat litium, natrium, kalium dan ammonium, serta kebanyakan karbonat uranium.

Dalam larutan akua, karbonat, bikarbonat, karbon dioksida dan asid karbonik wujud bersama-sama dalam keseimbangan dinamik. Dalam keadaan yang sangat bes, ion karbonat wujud paling banyak, manakala dalam keadaan bes lemah, ion bikarbonat didapati secara lazim. Dalam keadaan yang lebih berasid, karbon dioksida akua, CO2 (aq), ialah bentuk utama yang, dengan air, H2O, berada dalam keseimbangan dengan asid karbonik - keseimbangannya lebih ke arah karbon dioksida. Oleh itu, natrium karbonat bersifat bes, natrium bikarbonat bersifat bes lemah, manakala karbon dioksida sendiri adalah asid lemah. Perhatikan yang walaupun garam karbonat kebanyakan logam tidak boleh larut dalam air, garam bikarbonat boleh larut dalam air. Keseimbangan antara karbonat, bikarbonat, karbon dioksida dan asid karbonik dalam air, di bawah keadaan suhu dan tekanan yang berubah-ubah serta dengan kehadiran ion logam dengan karbonat tidak boleh larut, boleh membawa kepada pembentukan sebatian tidak boleh larut. Ini yang menyebabkan pembentukan keladak dalam paip yang disebabkan oleh air liat.